ABOUT LINKS FOLLOWERS TAG
about the owner


Assalamualaikum and hye!

you can call me Ikin for short. A fulltime student in University of Sciences Malaysia (USM) and a forever twenty lady hehew.


+Facebook(Syikin Esa)
+Instagram(asyikinesa_) +Twitter(@NurulAsyikinnnn)

Aku Rinduu :'/ Part 1 // Sunday, 3 February 2013
15:10
Bismillahirrahmanirrahim. Selamat petang semua *hehehe
Okay, dalam entry kali ni, ikin nak cakap apa yangg ikin rasa sekarangg ni (!) Dah baca dah title kat atas tu? okeh bagus (Y) . cer teka ikin rinduu kat sape sebenarnya tu? humm. okay laa, drpd ikin duk  tunggu jawapan korangg yang bagai tu, baik ikin straight to the point terus je kann. Okay, yang sebenarnya, ikin rindu sangat nak pergi Mekah Al-Mukarramah :') . Untuk pengetahuan korang semua, Alhamdulillah ikin dah dapat menjejakkan kaki dibumi mekah. Syukur Ya Allah! ikin pergi ke sana dengan family ikin. Kalau korang nak tahu, banyak dugaan yangg ikin alami sebelum berlepas ke sana. 2 hari sebelum berlepas, ikin demam. ikin pun tak expect sebenarnya ikin demam, sebab tetibe je. ikin just sabar je laa :') Sebelum ikin berlepas kesana, ikin bermalam kat umah cousin ikin kat Puncak Alam *eh, betul ke ni, lupe laa -.- okeh, on the way kerumah cousin ikin, ayah ikin terpaksa berhenti banyak kali dekat petronas sebab ikin muntah muntah. memang ikin pun taktahu la kenapa ikin muntah muntah. humm, nak kata tersalah makan tu rasanya tak kot. memang lemah sangat ikin time tu. ikin terfikir, maybe Allah nak ikin suci sepenuhnya sebelum ke baitullah. mane la tahu kan kot kot ikin ada termakan benda benda yang tak elok ke. okay dah. pendekkan cerita ikin sampai kat airport madinah pukul 11 malam *waktu disana* perjalanan dari malaysia ke madinah ambil masa selama 8 jam. penat -.- keesokannya, bermulalah aktiviti ziarah madinah...

Ziarah Madinah
Ziarah Madinah boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama Ziarah Masjid Nabawi (Ziarah Dalam) dan kedua Ziarah Kawasan Bersejarah Sekitar Madinah (Ziarah Luar).

ZIARAH DALAM

1- MASJID NABAWI
memang best sangat dapat tengok and dapat solat dalam masjid ni! masjid ni sejuk sangat. sampaikan ikin tertidur lepas maghrib nak tunggu isyak. hehe. best best! masjid ni lawa sangat. suka suka!



2- MAKAM RASULULLAH SAW
okay, time ni la paling mencabar bagi ikin sebab susah sangat nak ke makam Baginda, walaupun hanya terletak didalam masjid nabawi, tapi memang jauh jugak la sampai. sebab masjid ni besar kan. sebelum masuk ke tempat makam rasulullah, ramai sangat orang kat pintu tunggu nak masuk. memang ikin tengok dia macam ada group group tau. setiap group tu negara lain lain. negara turki, negara indonesia, negara Malaysia, negara india. memang ramai la kan. kitorang semua kena tunggu giliran la nak masuk dalam tu. sejam jugak tunggu nak masuk. time tiba je giliran malaysia, semua berebut rebut nak masuk. memang ikin kena himpit time tu. kat dalam tu, ada dua jenis karpet yang berlainan warna. yang warna hijau raudhah dan yang warna merah karpet masjid. orang berebut rebut nak solat atas karpet warne hijau sebab raudhah kan taman syurga. perasaan ikin time tu sebak sangat sebab ikin rasa dekat sangat dengan Rasulullah. ikin menangis atas bahu ibu ikin sebab rasa bertuah sangat dapat tengok makam rasulullah :') memang ramai sangat yang nangis time tu. semua sebak.

3- PERKUBURAN BAQI'
ni tanah perkuburan keluarga nabi. memang luas jugak laa perkuburan ni. ikin takdapat masuk sebab perempuan takdibenarkan masuk. just tengok dari luar pagar je. jadilah janji boleh tengok kan.

                                 *ni la gambar perkuburan baqi . tengok, kan ikin duk kat luar je tu :D*

ZIARAH LUAR

1- MASJID QUBA'
okay, untuk pengetahuan korang, masjid Quba' ni masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w. :) kalau kita solat dalam masjid ini, diibaratkan seperti pahala 1000 kali kita sembahyang sunat :) lawa sangat masjid ni! ^^


2- LADANG KURMA
  yeay! shopping time -.- hehe. kat sini kalau korang semua nak tahu kan, memang banyak jenis kurma yang ikin tengok. semua kurma ni dipetik segar daripada pokok pokok kurma yang ada kat situ. ohsem! ikin juga merupakan penggemar kurma. hehe. *pengsan* kurma yang ikin paling suka ialah kurma nabi ataupun kurma ajwa. rasa kurma ni memang sedap sangat. kurma ni jugak kurma yang paling mahal harganya yang dijual disitu.


3- JABAL UHUD
okay, kat sini ikin dapat lihat perkuburan para syuhada yang  mati syahid time perangg uhud. korang tahu tak, bukit uhud ni tanah dia nampak kesan kesan warna merah. ia dikatakan kesan darah para syuhada. :') cuaca kat sini agak panas jugak laa :)


okay semua, that's all about perjalanan ikin sepanjang berada di kota Madinah selama 3 hari. sebenarnya, ni baru separuh perjalanan ikin mengerjakan umrah. nanti ikin cerita pulak dekat korang sepanjang ikin berada di kota Makkah Al-Mukarramah dalam entry Part 2 pulak ye. kalau ikin terus sambung memang tak muat la blog ni kan. terpaksa ikin divide kepada dua bahagian. thanks for reading. Assalamualaikum :)