Aku Rinduu :'/ (Part2) // Friday, 8 March 2013
23:59 |
Assalamualaikum guys :) Alhamdulillah kita still lagi bernafas. Okay , malam ni ikin nak share dengan korang tentang pengalaman manis ikin sepanjang ikin berada di bumi Makkah, Al-Mukarramah. Yang ni sebenarnya sambungan entry yang hari tu punya. Kalau korang nak baca yang Part 1, tengok dekat SINI okay. Jom kita mulakan :) Sebelum ikin ke Mekah, ikin berada di Madinah selama 3 hari. So, pada hari ketiga , ikin kemas kemas barang untuk bertolak ke Mekah. Perjalanan ke Kota Mekah mengambil masa selama 6 jam untuk sampai kesana. Kami kesana dengan menaiki bas. Sebelum Ikin sampai kesana, ikin berniat ihram di Masjid Bir Ali yang terletak dalam kawasan Madinah. Selepas berniat ihram disana, perjalanan diteruskan. Sepanjang perjalanan, ikin mabuk! time tu ikin rasa macam nak pengsan and rasa mual mual. aduhh, dugaan dugaan :') Nasib baik laa bas ade berhenti kat perhentian untuk makan malam. Lepas turun je bas, ikin terus ke tandas cuci cuci muka. Kat sana, ikin dapat makan nasi Mandy. makan dalam satu dulang besar ramai ramai. satu dulang untuk 5 orang sahaja. Ikin makan sikit je sebab takde selera sangat. hukhuk :'< So, perjalanan diteruskan lagi and kami semua sampai dekat Kota Suci Mekah lebih kurang dalam pukul 9. Debaran kian terasa sebab ikin memang hampir sangat dah dengan rumah Allah. Sampai je depan MasjidilHaram, wow! cantiknya masjid ni! Masjid yang paling cantik dan paling awesome yang pernah ikin pergi. MasyaAllah! Orang ramai membanjiri Masjidil Haram untuk beribadah. Ikin masuk ke pintu Depan MasjidilHaram, K. Abdul Aziz, ikin dapat lihat kaabah! Ya Allah, terharunya! Syukur Ya Allah sebab dapat jugak lihat rumahMu dicelah celah orang ramai. Ayah ikin terus bawak ikin , ibu ikin , nenek ikin and abang ikin untuk mengerjakan tawaf fardhu ( bagi orang first time pergi macam ikin). So, bermulalah tawaf kami. Time tawaf, ikin dapat lihat kaabah dengan jelas depan mata ikin. Kadang kadang rasa macam tak percaya la pulak ikin dapat lihat kaabah secara live depan mata! memang taksama dengan ikin lihat dalam TV. Lagi cantik and indah lagi kalau dibandingkan dalam TV. Bersyukur sangat Ya Allah. hehe. Ni gambar time saie. Memang ramai sangat orang. jalan pun berhimpit himpit. Ikin buat dekat bawah tanah time first saie. sejuk >_< Okay, lepas kami siap buat ibadah saie, kami bertahallul aka bercukur. At least 3 helai rambut. Ibu ikin cakap, rambut rambut ni akan jadik saksi nanti kita kat alam barzakh nanti. Pada jam 2 pagi baru kami pulang ke hotel untuk rehat. Okay, dah pun selesai satu umrah :) Al-hamdulillah. Ade lagi sebenarnya ikin nak kongsi ngan korang, tapi, ni pun dah panjang sangat dah. takut nanti korang pening baca banyak banyak. Kalau ade mase, ikin akan sambung dalam Part3 pulak okay, insyaAllah. Okay laa, sampai sini dulu. Terima kasih kerana sudi baca. sekadar ingin berkongsi pengalaman :) Assalamualaikum dan goodnight! |